mengejar impian, mendamba harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah... amin ya Rabb

Photobucket

Sunday, January 10, 2010

ARTIKEL DAN URL UNTUK SGDT 3023

Selamat berkongsi maklumat dan mencambahkan lagi maklumat di bawah. Terima Kasih.


URL ARTIKEL DI BAWAH (klik disini)

http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan


TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENDAHULUAN

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran.

Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions”.

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.

Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar.

Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.


6 comments:

  1. salam. Pendedahan ICT sebagai Bahan Bantu Belajar dalam merangka cadangan pengajaran dalam kelas. Artikel yang baik, pandai awak pilih. wslm.

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini.

    ReplyDelete
  3. Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (TMDP) secara amnya mempunyai kesan yang mendalam terhadap setiap proses P&P. TMDP merupakan satu keperluan yang amat penting dalam melaksanakan proses P&P pada hari ini. TMDP juga pada hari ini amat mudah diadaptasikan dalam proses P&P kerana bahan yang mudah didapati serta kemudahan infrastruktur yang disediakan juga agak lengkap. Untuk itu guru harus melengkapkan diri mereka dengan TMDP agar ianya memberi manfaat yang besar terhadap proses P&P dan pelajar. TMDP dilihat sebagai komponen utama dalam menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek. Ia dilihat sebagai daya penarik dan pemudah cara kepada guru untuk menerangkan sesuatu subjek dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ini, kita tahu komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan maklumat dan data pelajar malah menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan markah pelajarnya. Justeru tidak terkecuali juga di dalam menyediakan ujian kepada pelajarnya menggunakan bantuan perisian di dalam komputer. Kini ujian boleh di bina menggunakan perisian – perisian yang ada sama ada secara percuma atau berbayar.

    Contohnya, melalui perisian MS Word, guru boleh membina ujian berbentuk on-line, membina kiuz melalui perisian ‘Hot Potato’ dan sebagainya. Selain itu, melalui ujian berasaskan komputer, pelajar lebih rasa tertarik dan juga memudahkan guru untuk menyemak markah pelajar.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. saya terpanggil untuk memberikan pendapat mengenai artikel yang begitu menarik ini, terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada bolgger mohd azam yang telah memberikan sesuatu yang amat berguna kepada yang membacanya..sememangnya penggunaan komputer akan lebih menarik minat pelajar dalam pembelajaran harian mereka..para pendidik juga akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih lancar dengan menggunakan komputer, masa dapat dijimatkan dan sesuatu pembelajaran akan lebih licin..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Sebagaimana yang kita maklum komputer banyak membantu pengajaran guru supaya lebih berkesan. Sebagai contoh pendekatan ICT dalam pendidikan guru boleh menggunakan komputer untuk mengumpulkan maklumat dan data pelajar malah menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan markah pelajar dalam ujian penilaian yang dilaksanakan. Justeru tidak wajar diabaikan pendekatan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan semua pihak dapat menyokong pelaksanaannya secara menyeluruh sama ada di bandar atau luar bandar.

    ReplyDelete